Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Penubuhan Lembaga Ruminan selari hala tuju MAFI

  • Published in Semasa

SEPANG, 31 Julai - Penubuhan Lembaga Ruminan adalah inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan berasaskan ruminan.

Timbalan Menteri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penubuhan telah dicadangkan dan dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Makanan Negara sebelum ini.

Penubuhan lembaga itu juga selari dengan hala tuju MAFI menerusi Dasar Agro Makanan Negara 2.0.

Beliau berkata demikian dalam lawatan ke ladang lembu dan kambing di Desa Vista, Sepang.