Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Lebih 340,000 permohonan Bakul Prihatin Negara diterima

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 29 Januari - Lebih 342,000 permohonan Bakul Prihatin Negara diterima Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) setakat semalam.

Daripada jumlah tersebut hampir 29,000 bakul telah diagihkan sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 103,000 penerima.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata Selangor mencatatkan permohonan paling tinggi dengan hampir 82,000 permohonan.

Kementeriannya juga telah mengambil tindakan intervensi dengan menambah kekuatan tambahan kepada Skuad Prihatin Negara.

Beliau ditemui ketika menyantuni penerima Bakul Prihatin Negara di Kuala Lumpur.