Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Tiga fokus utama dalam Belanjawan 2022

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Tiga fokus utama akan ditekankan dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober depan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, fokus-fokus tersebut adalah memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.

Tambah beliau, buat kali pertamanya juga, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan akan menerbitkan kenyataan Pra-Bajet termasuk dokumen konsultasi rakyat.

Usaha itu, selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan ketelusan proses serta penglibatan rakyat dalam penyediaan bajet tahunan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara pada sidang khas Dewan Rakyat.