Monday, 20 September 2021

updated 10:32 AM UTC, Sep 20, 2021

Syarikat korporat bantu jayakan Program Musaadah Korban Perdana

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 22 Julai - McDonald's Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjayakan Program Musaadah Korban Perdana.

Menerusi acara tersebut, syarikat makanan segera itu menyumbangan 12 ekor lembu korban.

Daging korban diagihkan kepada golongan asnaf dan petugas barisan hadapan.

Program Musaadah Korban Perdana merupakan sebahagian inisiatif dalam Gerakan Musaadah 3.0 yang dilancarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat.

Setakat awal bulan ini, lebih RM700 juta telah dibelanjakan untuk tujuan berkenaan.