Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

98 kenderaan diarah patah balik, tiada kebenaran rentas negeri

  • Published in Semasa

BENTONG, 20 Julai - Terus berdegil dengan cuba merentas negeri, tindakan segelintir individu dengan tanpa alasan kukuh termasuk tiada dokumen daripada pihak polis.

Kesalahan itu dikesan di Sekatan Jalan Raya (SJR) selepas Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan, Pahang.

98 kenderaan telah diarah berpatah balik bagi tempoh 15 Julai hingga semalam.

Kenyataan Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar memaklumkan kesemua kenderaan berkenaan diarah berpatah balik.

Lima kompaun juga telah dikeluarkan di bawah pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong atas pelbagai kesalahan.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk terus patuh SOP yang ditetapkan dan pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang melanggar peraturan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.