Warga emas maut dalam tanah runtuh
- Written by Media Baharu
- Published in Semasa
KUCHING, 17 Julai - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dinaikinya tergeluncur ke dalam lubang setinggi tiga meter.
Ia susulan satu kejadian tanah runtuh yang berlaku tengah malam tadi di Jalan Kota Sentosa-Bau, Kuching, Sarawak.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Penguatkuasa Kanan Bomba 1, Henderi Ardimansyah, mangsa dikenali Chai Kian Fah 63 tahun dipercayai dalam perjalanan ke Kota Sentosa kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Seramai 14 anggota dikerah ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa dan operasi mengambil masa kira-kira satu jam berikutan struktur tanah yang tidak stabil.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di badan.