Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

APM siap siaga hadapi kemungkinan bencana

  • Published in Semasa

BUKIT MERTAJAM, 13 Julai - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Seberang Perai Tengah sudah siap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana akibat cuaca tidak menentu ketika ini.

Menurut Pegawainya, Kepten Mohd. Fadhil Fahmi Zaini, persediaan itu termasuk mengenal pasti beberapa kawasan panas di daerah itu seperti di Machang Bubok Bukit Mertajam yang sering menjadi lokasi banjir kilat.

Ketika ini kira-kira 100 anggota APM terlatih termasuk pasukan sokongan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan berkaitan diarahkan untuk bersiap siaga bagi mengawal sebarang situasi tidak diingini.

Beliau berkata demikian semasa sesi persediaan menghadapi ribut dan banjir peringkat SPT di pejabat APM daerah.