Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Raub dilanda banjir, 214 penduduk terjejas dipindahkan

  • Published in Semasa

RAUB, 13 Julai - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir mulai petang semalam.

Menurut Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Shahrul Nizam Nasir, hujan menyebabkan sungai di tiga kawasan iaitu Ulu Sungai, Semantan Ulu dan Dong melimpah.

Portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan tujuh PPS dibuka di daerah itu untuk menempatkan 214 orang penduduk terjejas daripada 56 keluarga.

Paling ramai di PPS Kundang Patah menempatkan 113 orang daripada 29 keluarga diikuti Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, 37 orang daripada sembilan keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Pia, 25 orang daripada lapan keluarga dan Masjid Kampung Kuala Semantan, 16 orang daripada lima keluarga.

Manakala Balai Raya Kampung Sengkela, Balai Raya Kampung Gesing dan Balai Raya Kampung Chenua masing-masing menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah penduduk terjejas seramai 16 orang.