Logo

Pergerakan pulang pelajar IPT dilaksana secara berfasa dengan SOP ketat

PUTRAJAYA, 10 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan beberapa mekanisme kawalan pergerakan para pelajar di IPT secara berfasa.

Ia bagi memastikan pergerakan cuti semester mereka terkawal.

Pelajar IPT yang telah tamat sesi akademik 2020/2021, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 12 Julai ini.

Ia telah diputuskan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 8 Julai lalu.

Bagi fasa permulaan, pergerakan bagi pelajar di kawasan yang tidak tertakluk kepada PKPD, dibenarkan.

Manakala, pergerakan bagi pelajar di dalam kawasan PKPD pula hanya dibenarkan selepas tempoh PKPD, tamat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.