Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

RM2.9 juta nilai kompaun dikeluarkan, 473 kes terlibat - KPDNHEP

  • Published in Semasa

KUALA BERANG, 20 Jun - Sejak Mei 2020 sehingga semalam, RM2.9 juta nilai kompaun membabitkan 473 kes dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hasil operasi di lebih 640,000 premis di seluruh negara.

Antara kesalahan tersebut ialah tiada penjarakan, tidak mengimbas MySejahtera, tidak menulis rekod kemasukan dalam buku Log, menjalankan aktiviti tidak dibenarkan, gagal laksana had maksimum kemasukan pelanggan, gagal patuh waktu operasi dan tidak memakai pelitup muka.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid menegaskan jumlah denda atau kompaun tersebut tidak terlalu tinggi kerana penguatkuasa hanya mengambil tindakan tersebut sebagai jalan terakhir.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian selepas melawat dan menyerahkan sumbangan kepada para petugas SJR di Kuala Berang.

Mengenai rungutan ibu bapa bagi mendapatkan keperluan bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, cadangan kebenaran operasi Kedai Alat Tulis telah diajukan kepada Majlis Keselamatan Negara.