Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

"Program MAFI Prihatin" bantu kelansungan hidup haiwan dalam Zoo

  • Published in Semasa

AYER KEROH, 19 Jun - Lebih 20 tan metrik buah-buahan dan sayur-sayuran dengan nilai keseluruhan RM45,000 disumbangkan kepada Zoo Melaka.

Bantuan diserahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Ini bagi menampung keperluan haiwan dalam zoo sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Timbalan Menteri I MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian inisiatif "Program MAFI Prihatin".

MAFI turut memberi peluang sama kepada semua pihak pengurusan zoo dan taman haiwan yang memerlukan bantuan.

Antara yang disumbangkan ialah jagung, batang jagung, nanas, tebu dan labu manis yang keseluruhan berjumlah 1.5 tan metrik.

Datuk Seri Ahmad Hamzah ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.