Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Malaysia komited dengan semangat kerjasama ASEAN

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Dunia harus saling bekerjasama tanpa meminggirkan negara-negara Asean dalam menangani Pandemik COVID-19 bagi membentuk semula Diplomasi Antarabangsa. 

Berikut ulasan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein melalui satu kenyataan di Facebook beliau berhubung 1 billion vaksin yang akan diedarkan ke seluruh dunia oleh negara-negara G7.

Selain iti, melalui pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Asean di Jakarta dua bulan lalu, para pemimpin telah mencapai kesepakatan iaitu Konsensus Lima Perkara.

Ia melibatkan Asean dalam menyokong Myanmar untuk kembali ke situasi normal dalam peralihan demokratik, proses perdamaian serta membangun semula ekonomi negara berkenaan.

Selain itu, isu pertempuran di Palestin juga dipandang serius, walaupun gencatan senjata merupakan langkah penting, namun realitinya rakyat Palestin terus ditindas.

Datuk Seri Hishammudin turut menyatakan rasa terharu beliau dengan segala bantuan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Palestin.

Kerajaan juga terus giat menyalurkan bantuan dengan bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mengumpul dana bagi membantu pembelian peralatan perubatan yang diperlukan.

Malaysia juga sentiasa konsisten dalam perihal berkaitan Laut China Selatan dan komited menyelesaikannya secara aman dan konstruktif, sesuai dengan prinsip undang-undang Antarabangsa.