Wednesday, 4 August 2021

updated 1:18 PM UTC, Aug 4, 2021

75 kilang dikompaun, 59 diarah tutup

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 10 Jun - 75 kilang dikenakan kompaun manakala 59 lagi diarahkan tutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ketika ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah berkenaan hasil pemeriksaan ke atas 268 kilang sejak 1 Jun hingga semalam.

Jelas beliau kerajaan telah menerima banyak aduan berkaitan industri dan premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Operasi berkenaan dilakukan pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

Selain itu pasukan berkenaan telah menahan 907 individu atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu 877 individu dikompaun, 28 direman manakala dua lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka, individu gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, makan di premis, membawa penumpang berlebihan dan aktiviti pusat hiburan.