Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Yang di-Pertuan Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet, di Istana Negara, hari ini.

Istana Negara menerusi satu hantarannya di Facebook memaklumkan, sesi berlangsung selama sejam bermula pukul 8 pagi tadi.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri, berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pintu masuk utama istana negara pada pukul 7.50 pagi, diiringi beberapa buah kenderaan pengiring.

Beliau kemudiannya meninggalkan perkarangan Istana pada 8.56 pagi selepas selesai menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menghadiri mesyuarat kabinet di Putrajaya.