Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Penyakit 'Lumpy Skin Disease (LSD)', tidak merebak kepada manusia

  • Published in Semasa

BAGAN SERAI, 5 Jun - Penyakit kulit berbonjol atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang menjangkiti ternakan lembu di Perak tidak akan merebak kepada manusia.

Namun begitu Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata langkah berhati-hati dan pencegahan harus diambil buat masa ini.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang memantau rapi perkara ini dan memastikan lembu yang dijangkiti tidak disembelih atau dijual.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di Bagan Serai, Perak.

Penularan LSD pada lembu dalam negara ini dikesan di sebuah ladang ternakan di Simpang Pulai baru-baru ini oleh pihak JPV.