Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Ebit Liew, misi kemanusiaan ke Gaza berjalan lancar

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 2 Jun - Pendakwah, Ebit Liew yang meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza sentiasa berhubung dengan kerajaan Malaysia bagi menyampaikan perkembangan terkini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, misi berkenaan berjalan lancar dan pendakwah berkenaan bersama delegasi turut membantu kementerian mendapatkan maklumat mengenai keadaan sebenar di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan media, Ebit dan delegasinya yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei berjaya memasuki Gaza pada Sabtu lalu bagi menyerahkan bantuan antaranya barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada hospital di Gaza.

Misi berkenaan mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.