Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Pemergian Allahyarham Tan Sri Harussani, satu kehilangan besar kepada negara

  • Published in Semasa

IPOH, 30 Mei - Jenazah Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh kira-kira pukul 6.28 petang tadi.

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.45 petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Harussani sebagai satu kehilangan besar kepada bukan sahaja rakyat Perak tetapi negara.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui di luar perkarangan tanak perkuburan Islam berkenaan.