Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Harussani

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 30 Mei - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah serta dilimpahkan kesabaran kepada keluarga, sanak-saudara serta para sahabat Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.45 petang tadi.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas disahkan positif COVID-19 sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri menyifatkan pemergian Allahyarham yang merupakan tokoh agama yang amat disegani sebagai satu kehilangan kepada semua.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Harussani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat.