Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah pemergian Tan Sri Harussani

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, turut dirasai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong.

Melalui hantaran di laman Facebook Istana Negara, Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menyanjung tinggi khidmat bakti Allahyarham kepada masyarakat dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Allahyarham Tan Sri Dr Harussani meninggal dunia pukul 2.45 petang tadi di Hospiral Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Melayu Sungai Rapat, Perak.