Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Penunggang motosikal cedera ringan insiden pokok tumbang dekat Muzium Negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 27 Mei - Laluan trafik di Jalan Travers menghala pusat bandar Kuala Lumpur dari arah KL Sentral kembali dibuka pukul 7:00 malam tadi pasca insiden pokok tumbang berhadapan Muzium Negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar.

Kerja-kerja pembersihan jalan dijalankan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

Dalam kejadian pukul 3:20 petang tadi, pokok yang berusia lebih 50 tahun itu tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang.

Ia menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga warna putih yang dinaiki dua lelaki warga asing.

Mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian turut menyebabkan seorang penunggang motosikal warga tempatan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki, dan dikejarkan ke hospital.