Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

SJR di Lembah Klang, pematuhan SOP memuaskan

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Aliran trafik di beberapa pintu masuk dan keluar ibu negara lancar pada hari kedua cuti umum Aidilfitri.

Kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) warga kota termasuk larangan rentas daerah dan negeri berada pada tahap memuaskan.

Wartawan, Jelberter Robert meninjau sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Berbeza di Lebuhraya Persekutuan.

SJR bertempat berdekatan Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan, lokasi sempadan Kuala Lumpur-Selangor.

Keadaan lalulintas lebih sibuk dengan kesesakan hampir satu kilometer di kedua-dua arah.

Kebanyakan pengguna merupakan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di bandar-bandar sekitar jajaran Lebuhraya Persekutuan termasuk Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

Sama seperti di Tol Sungai Besi, kadar pematuhan SOP orang ramai agak memuaskan, akur sekiranya diarahkan untuk berpatah balik.

Lebih 400 anggota dari pelbagai jabatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur dan Selangor ditugaskan memantau SOP PKP sempena Aidilfitri kali ini.

Orang ramai juga dinasihat agar turut sama membantu dengan melaporkan sebarang aktiviti melanggar SOP di kejiranan mereka kepada polis.