Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Siaga serangan baharu COVID-19, Singapura bakal ikut jejak Malaysia yang melaksanakan PKP3.0

  • Published in Covid19

SINGAPURA, 14 Mei - Selepas Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, negara jiran sebarang tambak, Singapura juga akan mengambil pendekatan serupa dengan memperketatkan peraturan untuk mengekang peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam komuniti bermula 16 Mei hingga 13 Jun.

Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF), Gan Kim Yong berkata, walaupun pada 8 Mei lalu Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga namun masih terdapat peningkatan kes komuniti.

Dalam sidang media secara maya beliau berkata, MTF akan beralih kepada sekatan bersasar yang lebih ketat termasuk saiz kumpulan yang dibenarkan hanya dua orang berbanding lima sebelum ini.

Restoran pula hanya dibenarkan menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran.

Baru-baru ini, Singapura melaporkan kluster baharu di Terminal 3 Bandar Changi dengan jumlah 46 kes setakat ini.

Selain itu, sejak dua minggu lalu, jangkitan telah dikesan membabitkan kluster Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Hospital Tan Tock Seng, Pusat Rawatan Komuniti Tuas Selatan dan Terminal Pasir Panjang.

Sehingga tengah hari semalam, kes di Singapura berjumlah 61,453 dan 11 kluster.

Sejak semalam, Singapura sudah menyuntik lebih 3.2 juta dos vaksin COVID-19.