Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Polis tahan 20 individu dipercayai terlibat rusuhan di Parit Raja

  • Published in Semasa

BATU PAHAT, 14 Mei - Polis menahan 20 individu dipercayai terlibat kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Mereka yang berusia antara 16 hingga 28 tahun ditahan menerusi Operasi Khas sekitar Batu Pahat bermula pukul 11.00 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah dalam kenyataannya memberitahu, mereka yang ditahan merupakan penduduk setempat dan direman empat hari hingga 17 Mei.

Turut dirampas di lokasi kejadian, kain rentang serta sisa-sisa pembakaran suar dan mercun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 pagi semalam di KM 22.5, Jalan Batu Pahat-Kluang, kira-kira 40 individu telah membuat halangan menggunakan motosikal dan kereta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 144 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) serta Seksyen 48 Akta