Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Penduduk Medan Klebang Restu solat sunat Aidilfitri di hadapan rumah masing-masing

  • Published in Covid19

IPOH, 13 Mei - Susulan jumlah jemaah di masjid dan surau yang dihadkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penduduk Medan Klebang Restu di Perak mengambil inisiatif mengadakan solat sunat Aidilfitri di hadapan rumah masing-masing.

Pengerusi Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Mohd Khir Napiah berkata ia selaras titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang membenarkan solat diadakan di kawasan lapang dan terbuka dengan jemaah tidak melebihi 50 orang.

Sebanyak lapan lokasi di laluan perumahan termasuk masjid dijadikan tempat untuk penduduk menunaikan solat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ia hasil perbincangan jawatankuasa dan ahli masjid dengan persetujuan imam-imam yang bertugas dengan kerelaan hati di lokasi-lokasi terbabit.

Beliau berkata demikian, selepas selesai solat sunat Aidilfitri di Laluan 14, Medan Klebang Restu, Ipoh.

Sementara itu, imam bertugas, Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan berkata, penduduk berbangsa lain juga memberi kerjasama dengan baik.

Kesemua lokasi terlibat dihadkan kepada tidak lebih 50 orang jemaah.