Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

SOP PKP perayaan Aidilfitri, gelagat jemaah 'cuba nasib' untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di Masjid Negara

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR , 13 Mei - Sebahagian kecil jemaah yang 'mencuba nasib' untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di Masjid Negara pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk solat sunat Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hanya 50 jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan kariah tetap sahaja dibenarkan hadir untuk solat berjemaah Aidilfitri.

Mereka yang tidak dibenarkan untuk masuk bagaimanapun masih dibenarkan untuk solat di perkarangan masjid dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Wartawan / Foto : Muhamad Asyraf Ishak