Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

800 anggota Polis Terengganu lakukan rondaan dan pemantauan pematuhan SOP PKP di kawasan perumahan sepanjang perayaan Aidilfitri

  • Published in Covid19

KEMAMAN, 12 Mei - Polis Terengganu menggerakkan 190 pasukan pematuhan dan pemantauan bagi melakukan rondaan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula esok.

Pasukan berkenaan membabitkan kira-kira 800 anggota yang akan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan kampung, taman perumahan dan sebagainya.

Inisiatif tersebut dilakukan bagi memastikan masyarakat di Terengganu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan sepanjang perayaan Aidilfitri.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melanggar SOP termasuk pemilik rumah dan kompaun serta-merta akan dikeluarkan.

Jelas beliau, semua ahli masyarakat perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam usaha memutuskan penularan wabak COVID-19 dan bukannya terletak di bahu petugas barisan hadapan sahaja.