Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Amaran buat peniaga daging 'haram' tidak patuhi peraturan KPDNHEP,DVS

  • Published in Semasa

 

JERANTUT, 11 Mei - Kerajaan Pahang akan memberi amaran keras kepada peniaga daging 'haram' yang berniaga di kawasan luar pasar.

Ini kerana peniaga terbabit tidak mematuhi peraturan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan agensi yang berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, beliau telah menerima laporan mengenai kegiatan peniaga ini yang menjual daging ternakan di tepi jalan, kampung dan Felda tanpa memohon permit daripada jabatan berkenaan.

Datuk Nazri turut meminta semua penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan harga jualan peniaga termasuk ketulenan alat penimbang yang digunakan.

Manakala Jabatan Veterinar pula perlu memastikan peniaga memiliki permit serta memastikan ternakan yang disembelih bebas daripada penyakit.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pengamal media Pahang di Galeri Mat Kilau, di Jerantut.