Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Pemeriksaan rumah kediaman tetap dijalankan

  • Published in Covid19

ALOR SETAR, 10 Mei - Polis Kedah tetap akan menggunakan kaedah pemantauan dan pemeriksaan ke atas rumah kediaman yang mempunyai jumlah kenderaan atau kasut yang melebihi kebiasaan pada Aidil Fitri ini.

Saman akan dikeluarkan jika terdapat pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Roze Shaari berkata masyarakat dinasihatkan agar menjadualkan acara ziarah menziarahi seperti yang dibenarkan pada hari Raya Pertama Aidilfitri.

Hanya 15 orang dibenarkan untuk setiap rumah di kawasan di bawah Perintah KawalanPergerakan (PKP) seperti di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu dan Baling.

Manakala di kawasan PKP Pemulihan dibenarkan 25 orang.

Beliau bercakap kepada RTM di IPK Kedah di Alor Setar.

Di Kedah sebanyak 24 sekatan jalan raya dijalankan. 

Polis turut meningkatkan pemeriksaan dan rondaan di kawasan-kawasan penting bagi menyekat pergerakan orang ramai yang cuba melanggar SOP.

Seramai 1,680 anggota dan pegawai terlibat dengan penugasan COVID-19.

Cuti mereka sempena sambutan Hari Raya ini turut dibekukan.