Logo

Sistem wakaf tunai mudahkan urusan secara dalam talian

PUTRAJAYA, 10 Mei - Sebanyak RM16 juta hasil wakaf tunai telah dimanfaatkan dalam pembangunan, menambah kelengkapan hospital serta membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar.

Justeru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah menggalakkan lebih ramai umat Islam berwakaf dengan tunai.

Meskipun wakaf secara tunai merupakan perkara baharu, namun ia mendapat sambutan yang begitu tinggi.

Beliau ditemui pada Majlis Apresiasi Pewakaf di Putrajaya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.