Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Patuh pantang larang senjata api, guna pada situasi memerlukan

  • Published in Semasa

TEMERLOH, 9 Mei - Mana-mana anggota polis diingatkan agar sentiasa mematuhi garis panduan penggunaan dan pengendalian senjata api bagi menggelakkan kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, senjata api yang dibekalkan hanya untuk situasi yang memerlukan demi keselamatan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian menimpa Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 25 tahun yang juga anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, Allahyarham telah membuat caruman insurans kelompok koperasi polis dan pembayaran akan segera diusahakan pihak berkenaan.

Jenazah Allahyarham Norhalim Tumiran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang kira-kira pukul 10 malam tadi.

Susulan kejadian itu, tiga anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 hingga 27 tahun direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.