Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Datuk Awie dipanggil bantu siasatan langgar SOP

  • Published in Covid19

AYER KEROH, 9 Mei - Polis akan memanggil Datuk Awie bagi membantu siasatan susulan sebuah klip video yang tular memaparkan penyanyi itu melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika menghadiri majlis di Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, selain selebriti itu, pihaknya juga akan memanggil beberapa individu lain yang turut hadir termasuk penganjur bagi memberi keterangan.

Semua individu terlibat atau mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No 3, 2021.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video berdurasi 42 saat menunjukkan Datuk Awie bersama beberapa individu lain tidak memakai pelitup separuh muka semasa menghadiri majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah.