Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Dua masjid jadi pusat transit mangsa keganasan rumah tangga

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah, malah turut diperluas untuk menjamin kesejahteraan ummah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menjadikan masjid sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga.

Projek tersebut antara inisiatif di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 melalui teras Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar dengan penjenamaan Masjid Prihatin.

Dua masjid dipilih sebagai perintis program iaitu Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail dengan berpandukan Prosedur Operasi Standard khusus yang disediakan.

Manakala, 12 masjid di Wilayah Persekutuan dipilih menjadi pusat aduan dan khidmat kaunseling.