Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Penduduk terjejas banjir dibenar pulang

  • Published in Berita Semasa

LANGKAP, 4 Mei - 40 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Chikus Langkap, daerah Hilir Perak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan pemantauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati air telah surut sepenuhnya dan cuaca baik ketika ini.

PPS yang dibuka sejak Ahad lepas dan menempatkan 12 keluarga turut ditutup.

Sebelum ini dilaporkan pada 2 Mei lepas, banjir yang berlaku pada kira-kira 3 petang telah mengakibatkan tiga kampung terjejas banjir iaitu Kampung Parit 3 dan Kampung Batu Pecah, Chikus serta Kampung Belakang Kedai, Degong.

Hujan lebat mengakibatkan kediaman penduduk di Kampung Sungai Rambai dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Batang Padang.