Saturday, 15 May 2021

updated 3:16 PM UTC, May 15, 2021

Elak kebakaran ketika musim perayaan, cegah sindrom lupa dan leka

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Masyarakat diingatkan mengambil langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran ketika musim perayaan.

Penguasa Kanan Bomba 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Siti Farizun Naim memberi peringatan itu berikutan langkah keselamatan itu diambil mudah.

Masyarakat juga diharap dapat mencegah 'sindrom lupa dan leka' yang menjadi penyebab kes-kes kebakaran.

Beliau turut menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai pelan kecemasan dan membuat latihan kebakaran agar lebih bersedia jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau sebelum itu menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia.