Saturday, 15 May 2021

updated 2:18 PM UTC, May 15, 2021

Kapal bawa diesel terbakar, dua kru cedera

  • Published in Berita Semasa

GEORGE TOWN, 4 Mei - Dua kru sebuah kapal tangki yang membawa muatan diesel, cedera dan melecur dalam kebakaran dari bahagian dalam kapal tersebut ketika berlabuh di perairan Harbour Trade Centre, Gat Lebuh Macallum, dekat George Town, Pulau Pinang.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden pada 4.02 petang semalam sebelum ke lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Seramai 50 pegawai dan anggota bomba daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Lebuh Pantai, Jalan Perak, Bagan Jermal dan Bayan Baru dibantu Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi berkenaan.