Logo

Pengerusi FINAS positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan yang diperoleh semalam.

Kenyataan Finas memaklumkan, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin dan rawatan berdasarkan saranan dan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Sepanjang tempoh tersebut, segala urusan dan pengoperasian Finas akan terus berjalan seperti biasa.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhannya, dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.