Logo

PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan bermula esok

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang bermula esok hingga 18 Mei.

Ia susulan 11 kes baharu direkodkan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD di 6 lokaliti di Terengganu dan Kelantan tamat tengah malam tadi seperti dijadualkan.

Lokaliti terlibat di Terengganu adalah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak di kawasan Hulu Besut, Terengganu.

Manakala bagi negeri Kelantan pula, PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Qiraat di Pulai Chondong, Machang turut ditamatkan.

Kesemua kluster tersebut terkawal dengan kes terakhir direkodkan pada penghujung bulan lalu.

Semua kes positif sudah dirawat dan kontak rapat telah tamat tempoh pemantauan selama 14 hari.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.