Saturday, 15 May 2021

updated 3:16 PM UTC, May 15, 2021

Ubah fikiran saat akhir, tiada kenderaan jadi alasan batal temu janji suntikan vaksin

  • Published in Berita Semasa

KUALA PILAH, 4 Mei - Tidak mempunyai kenderaan dan menukar fikiran menjadi antara sebab penerima vaksin COVID-19 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan membatalkan janji temu ditetapkan pada saat akhir.  

Seramai 99 daripada 270 penerima vaksin tersebut tidak hadir menerima suntikan dos bagi hari pertama fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di tiga lokasi daerah itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap daerah itu merekodkan jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera kedua terendah di Negeri Sembilan. 

Hanya kira–kira 20,000 daripada 73,000 penduduk di Kuala Pilah telah mendaftar setakat ini. 

Capaian internet yang rendah di kawasan pedalaman di daerah berkenaan dikenal pasti antara faktor pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera masih rendah.

Susulan itu, Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung diarah mengenal pasti penduduk kampung terlibat supaya menerima vaksin.