Logo

COVID-19: 83 kluster melibatkan sektor Pendidikan

KUALA LUMPUR, 21 April- Sebanyak 83 kluster COVID-19 dengan jumlah telah dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, kes direkodkan sejak 1 Januari hingga semalam.

Jelasnya dalam satu kenyataan, daripada 83 kluster tersebut, sebanyak 49 kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Manakala 34 kluster dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.

Sementara itu, daripada jumlah kluster tersebut juga, sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub-kategori Sekolah/Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Manakala 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Tinggi dan 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Lain.

KKM menyambut baik komitmen semua Sektor Pendidikan dalam memastikan para pelajar dan pelatih tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran dan latihan secara berterusan dalam keadaan yang selamat.

Bagaimanapun jelasnya, KKM mengingatkan semua pihak untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani penularan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.