Logo

MBSA perketat SOP bazar Ramadan

SHAH ALAM, 21 April - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menempatkan 200 anggota penguat kuasa di 51 bazar Ramadan bagi memastikan SOP mencegah COVID-19 dipatuhi.

Menurut Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan, SOP bazar Ramadan diperketatkan berikutan tinjauan pada minggu pertama Ramadan mendapati pengunjung tidak mematuhi arahan ditetapkan.

Jelasnya, bermula semalam sistem nombor turut diperkenalkan bagi mengawal kesesakan di bazar Ramadan selain larangan membawa kanak-kanak bawah 12 tahun.

Beliau mengulas perkara itu pada majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada kakitangan MBSA di Shah Alam, Selangor.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.