Logo

4,500 penerima bantuan CSR disasar di seluruh negara

PULAU PINANG, 21 April - Prihatin nasib golongan terjejas akibat COVID-19, program tanggungjawab sosial korporat CSR Malik Streams Corporation Sdn Bhd menjelajah ke seluruh negara bagi menyalurkan bantuan kepada golongan sasar.

Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Zakat itu menyasarkan kepada 4,500 penerima terpilih.

Jelajah pertama di Pulau Pinang melibatkan 1,600 penerima daripada 18 rumah anak yatim dan golongan asnaf.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Jalan Kedah, Pulau Pinang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.