Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Polis Kelantan tubuh pasukan rahsia

  • Published in Berita Semasa

PASIR TUMBOH, 21 April - Polis Kelantan akan menubuhkan pasukan rahsia bagi mengesan individu yang tidak mematuhi SOP sepanjang perlaksanaan PKP di negeri itu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat langkah pro aktif tambahan itu akan dibuat di lokasi tumpuan ramai.

Jelas beliau, pemantauan pihaknya mengesan terdapat individu yang hanya memakai pelitup separuh muka jika terdapat anggota penguat kuasa di lokasi.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Pemantauan Kepatuhan SOP Premis Penjaja Jalanan di Pasir Tumboh, Kelantan.

Tambahnya, setakat tiga hari operasi pematuhan SOP, 18 kompaun dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka, makan di restoran dalam tempoh PKP dan merentas negeri tanpa surat kebenaran polis.

Semalam Kelantan merekodkan 429 kes positif baharu antara negeri yang merekodkan peningkatan ketara jangkitan wabak.