Logo

Nash terlibat kemalangan

SEREMBAN, 20 April - Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nash terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira pukul 4.00 petang tadi.

Nash atau nama sebenarnya, Jamaluddin Elias, 62 tahun mengalami kecederaan di muka serta sakit dada manakala pemandu hanya mengalami luka ringan.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian berlaku semasa penyanyi itu bersama pemandunya dalam perjalanan dari Johor menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Harrier yang dinaiki mereka melanggar lopak air sebelum ia hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

Datuk Nash dibawa ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.