Logo

Pelajar sekolah dominasi kes positif COVID-19 Kelantan

KOTA BHARU, 20 April - Seramai 259 pelajar sekolah menengah dan 111 murid sekolah rendah sekitar Kelantan dikesan positif COVID-19.

Ia hampir 80% daripada keseluruhan 464 individu yang dikesan positif COVID-19 di Kelantan dalam tempoh dua minggu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah selebihnya melibatkan guru, kakitangan sekolah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia lebih 19 tahun.

Angka itu berdasarkan ujian COVID-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lepas.

Kota Bharu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 189 kes positif diikuti Tumpat (113), Tanah Merah (55), Pasir Mas (36), Machang (20), Bachok (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (lapan), Jeli (tujuh) dan Gua Musang empat kes.

Pihaknya menjangkakan kes positif COVID-19 pada minggu ini berkemungkinan mencecah antara 200 hingga 300 kes sehari.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.