Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Jabatan Pendidikan Perlis nafi berita tular 9 pelajar SMK Guar Nangka positif COVID-19

  • Published in Berita Semasa

KANGAR, 20 April - Jabatan Pendidikan Perlis menafikan kenyataan tular melalui Facebook kononnya sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka di Padang Besar positif COVID-19.

Hasil ujian saringan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri mendapati hanya seorang pelajar sekolah berkenaan yang positif COVID-19 berikutan menjadi kontak rapat kepada seorang yang positif virus berkenaan.

Pengarah Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman memaklumkan, lapan lagi pelajar negatif selepas ujian calitan dilakukan petugas kesihatan.

Mereka dikuarantin termasuk beberapa guru.

Tindakan menyebarkan berita tidak benar turut menyebabkan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah berkenaan serta sekolah berdekatan hanya sekitar 30% berbanding 90% sebelum ini.

Pihaknya membuat laporan polis di IPD Kangar manakala pihak sekolah di IPD Arau.