Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

Peningkatan tinggi jangkitan COVID-19, PKP dilaksanakan di 7 daerah di Kelantan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 14 April - Tujuh daripada 10 daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 hingga 29 April ini.

Daerah terlibat adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Tindakan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5% atau 756 kes kepada 1,088 kes di negeri berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Sembilan kluster baharu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti yang tinggi turut dilaporkan sepanjang tempoh sama.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kesemua daerah berkenaan kini berstatus zon merah.

Pelaksanaan PKP bertujuan memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal.

Sekatan jalan raya akan diadakan di semua sempadan daerah dan negeri.

Sementara, semua sektor perniagaan dan ekonomi hanya dibenarkan beroperasi sekiranya telah mendapat kelulusan daripada kementerian berkaitan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).