Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

103 rumah di Padang Terap rosak akibat ribut

  • Published in Berita Semasa

PADANG TERAP, 14 April - Sebanyak 103 rumah di Felda Lubuk Merbau dan Kampung Bagan dekat, Naka, Padang Terap, Kedah rosak, akibat ribut, semalam.

Adun Pedu, Mohd Radzi Md Amin berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan dinding akibat dihempap pokok dan diterbangkan angin.

Malah, terdapat rumah yang hampir ranap akibat dihempap tiang elektrik.

Beberapa pokok tumbang turut menghalang laluan.

Bagaimanapun kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang telah dilakukan pihak berwajib.

Beliau memaklumkan, empat keluarga di Felda Lubuk Merbau terpaksa dipindahkan sementara ke kuaters Felda kerana rumah mereka tidak selamat untuk didiami.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu ketika kebanyakan penduduk sedang menyediakan juadah berbuka puasa.

Bantuan awal telah disalurkan kepada penduduk terlibat manakala bantuan lain menyusul.

Jumlah kerosakan dan kerugian yang dialami penduduk sedang diteliti.