Tiada aduan kenaikan harga barang diterima di Kedah

ALOR SETAR, 14 April - Pemantauan di bazar Ramadan atau lokasi tertentu, terus dilaksana pihak berkuasa bagi memastikan peniaga tidak memanipulasi harga barangan.

Setakat ini, di Kedah, tiada lagi aduan diterima berkaitan kenaikan harga barang keperluan harian dan bahan mentah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Romani Wan Salin, turut memberi jaminan barangan keperluan mencukupi sepanjang ramadan dan aidilfitri nanti.

Beliau menyatakan perkara ini di Alor Setar, selepas majlis penyerahan sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.