Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

103 buah rumah rosak selepas dilanda ribut

  • Published in Berita Semasa

PADANG TERAP, 14 April- Sejumlah 103 buah rumah di Felda Lubuk Merbau dan Kampung Bagan dekat Padang Terap, Kedah rosak selepas dilanda ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5:00 petang ketika kebanyakan penduduk sedang menyediakan juadah berbuka puasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pedu, Mohd Radzi Md Amin berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan dinding akibat dihempap pokok dan diterbangkan angin.

Malah ada yang hampir ranap akibat dihempap tiang elektrik.

Empat buah keluarga di Felda Lubuk Merbau terpaksa dipindahkan sementara ke kuaters Felda kerana rumah mereka tidak selamat untuk didiami.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mohd Radzi menambah, bantuan awal telah disalurkan kepada penduduk terlibat dan bantuan susulan akan diberikan kemudian.