Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Kandungan, cara penyampaian menarik tunjang Berita Perdana kekal relevan sebagai sumber utama

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 14 April- Kandungan dan penyampaian menarik akan terus menjadi tunjang bagi Berita Perdana kekal relevan dan menjadi sumber maklumat nombor satu negara.

Timbalan Pengarah Berita TV, Md Shahri Saripan menjelaskan, meskipun melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa, ia akan tetap berteraskan kualiti sesuai usaha menyantuni penonton yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

"Sesekali kita suntik satu kelainan dalam persembahan Berita Perdana."

"Baru-baru ini kita ada penampilan istimewa daripada Tengku Permaisuri Selangor, kita juga pernah tampil dengan pakaian seragam sekolah."

"Perkara-perkara ini menjadikan persembahan Berita RTM akan diingati sampai bila-bila," tambahnya lagi.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri.